Thursday, 22 March 2012

Lagu ini memberikan semangat

Bismillah...
Musim midterm exam muncul kembali di IPTA...Walaupun tdk sama...tp musimnya sudah tiba..
Time sprti ini sangat memerlukan kata semangat & motovasi yg cukup...
W/bagaimanapun, percayalah pd diri sendiri..Berjuang utk midterm exam bkn mudah, ia perlukn pengorbanan yg amat tinggi jika mahu m'dptkn result yg cemerlang...Belajr ikt cara trsendiri..Semoga dpt apa yg diiginkan...Yakin Boleh!!!

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahn
Kau hampiri kegagalan.
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Monday, 12 March 2012

Sakit Itu Tanda Kasih Sayang Allah kepada Hambanya


Assalamualaikun dan selamat malam semua…Selain dari ujian dari Allah yang menggugurkan dosa-dosa, meningkatkan darjat di sisi Allah, sakit itu adalah manifestasi kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hambanya.

Namun, tidak ramai yang berfikiran sebegini. Sakit dianggap satu malapetaka. Sakit dianggap sebagai penghalang untuk melakukan pekerjaan. Sakit sebagai sesuatu yang perlu dielakkan. Tidak hairanlah jika ramai yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi setiap bulan untuk keperluan vitamin dan makanan tambahan. Walaupun kita dituntut untuk menjaga tubuh badan yang diamanahkan oleh Allah, namun perlu diingat bahawa penyakit boleh datang dan pergi dengan izin Allah. Sakit itu tanda bahawa Allah mengingati kita dan ingin memberi peringatan kerana mungkin ada perkara-perkara maksiat yang kita lakukan tanpa kita sedari. Justeru penyakit datang lalu menggugurkan dosa-dosa mereka yang sabar menghadapinya.
Ketika sihat, kita seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, kita seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, kita tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah kitalah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!!!

Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara:
masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati.

Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan.

Sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.

Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.

Dalam hadis ada diterangkan,

“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya.
(HR. Muttafaq Alaih).

Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya.  Tidak kira samada kita kaya atau miskin, sihat atau sakit, kuat atau lemah...kita tetap akan diuji Allah dengan pelbagai dugaan hidup untuk menguji tahap keimanan kita...

Wednesday, 7 March 2012

Pasti Akan Tiba...

Hari ini...sy menerima berita kematian orang lain
Lain hari, org lain pula akan menerima berita kematian sy

Hari ini, sy menerima berita kematian ibu ayah org lain
Tapi di lain hari, mungkin sy juga menerimanya

Hari ini, ibu ayah menerima berita kematian anak mereka
Mungkin di lain hari, ibu dan ayah sy pula yg menerima berita kematian sy...

Ada sahabat yg kata sy fikir yg bukan-bukan...yg pelik pelik...oh tidak, ini kenyataan...ini realiti...realiti yg misteri...usah terlalu selesa dgn hari ini...
p/s:(firkir2kan dan selamat beramal)..^^..

Friday, 2 March 2012

Tips beli belah secara online


Asslamualaikum…hari ni Cik Ungu nk bagi tips dekat korang  pasal beli barang ni..bukan apa, sebab ramai sgt dh kena tipu dlm hal-hal pembelian dr business online ni…

Biasalh kita orang pompuan ni kdg2 mata selalu tergoda utk beli, beli dan beli…

Beberapa tips membeli secara online supaya tidak ditipu:
1. Berhubung melalui SMS, ini kerana khidmat telepon bimbit kini memerlukan pendaftaran alamat . oleh itu jika berlaku sesuatu pihak kerajaan mudah mengesan penjual tersebut.
2. Buat survey harga market di internet bagi bandingan harga.
3. Berhubung dengan penjual dari masa kesemasa hingga produk yang dibeli sampai.
4. Pilih peniaga yang mendapat komen yang baik (reputasi) dari pembeli lain.
5. Jangan terpedaya dengan testimoni selidik mungkin itu komen rakan-rakan penjual. Testimoni biarlah dari pembeli sendiri… 

Thursday, 1 March 2012

Cinta Agung

Assalamualaikum...Apa khabar hari anda?Apa cerita hari jumaat anda?
Ya, hari ini hari jumaat. Hari untuk kita mendptkn lbih success dan semoga jumaat ini menjadikn kita seorang hamba ALLAH  yg lbih brtaqwa, lbih menyantuni, lbih berjaya dan lbih cemerlang...

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

Friday, 24 February 2012

Bila PTPTN Dh Masoookk Akaun!!!


Assalamualaikum dan salam mesra. 
Aku nak membebel ni. Kalau sudi silalah baca….
Bagi student university bila semester baru brmulh…maka duit ptptn pon mula masukk, ati pon brsenang lenang & otak mullah fikir nk shoping laa,,,bli hndphone bru,,,nk tmbh koleksi gajet laaa(bg kaum adam) & sbgainya…Jgn lupa duit 2 sbnarnye bkn utk brsuka ria tp utk kte….uolss fkirlh sndri?????????
Sampai je tgh thun…. mulalh kte seperti kehilangan arah apabila hendak menguruskan wang yg mula menyusut dlm akaun. Akibat drpd wang banyak di laburkn utk perkara yg merugikan berbanding perkara yang perlu. Terimalah hakikat bahawa kte sebenarnya masih belajar dan tidak ada income untuk kte bersukaria, yang ada hanya wang untuk survive di dalam univerisiti itu sendiri.
Tips ini bkn utk mnjadikn anda semua kaya ttpi utk mengelakn anda & trmasuklh aku tdk mghadapi mslh kewangn…

Tips pertama : Sentiasa catat duit keluar masuk.

Catatkan aliran keluar wang anda pada setiap hari. Dengan ini, anda akan sentiasa peka dengan keadaan wang semasa anda. Lihat sama ada perbelanjaan yang anda keluarkan itu adalah perlu atau tidak. Jika tidak, anda kurangkan perbuatan terebut.

Tips kedua : Rancang belanjawan anda sendiri.

Dengan wang sedia ada, anda rancang belanjawan anda sendiri. Utamakan pembayaran yuran, akademik, makanan dan tempat tinggal. Jangan gunakan wang untuk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih.

Tips ketiga :  Simpan resit bagi setiap pembelian.

Simpan resit bagi setiap pembelian. Dengan ini, anda ada rekod bagi setiap pembelian. Setiap bulan, trace kembali di mana wang anda di gunakan.

Tips keempat : simpan wang yang tidak di gunakan.

Jika tidak ada keperluan untuk menggunakan wang, simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh dengan kejutan. Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu di bayar seperti yuran persatuan dan sebagainya. Untuk keselamatan, anda simpan sahaja wang tidak di gunakan dan hanya berbelanja apabila semester sudah tamat.

Tips kelima : Elakkan hutang

Jangan berhutang untuk apa tujuan sekalipun. Berhutang bermakna anda akan berbelanja lebih kemampuan anda. Berhutang akan jadi beban apabila pemberi utang mula menagih hutang dari anda.

Tips keenam : Beli semua keperluan akademik mendahului perkara lain.

Di sebabkan anda sedang belajar, segala urusan akademik perlu di dahulukan. Pada minggu pertama semester, anda selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit wang jika ada perbelanjaan mengejut.

Tips ketujuh : Elakkan dari mengikut kawan – kawan yang ada duit yang banyak.

Jika anda tiada duit, jangan ikut kawan anda yang banyak duit atau mereka yang boros. Takut – takut nanti anda turut terikut boros berbelanja.

Tips kelapan : Sertai aktiviti kampus.

Untuk menguruskan wang, anda perlu ada disiplin yang kuat. Untuk mengajar anda erti disiplin, anda boleh sertai aktiviti kampus dan terlibat dengan aktif dalam persatuan , kelab dan sebagainya.

Tips kesembilan : Beli barangan yang anda rasa anda akan guna sahaja?(bagi kaum Hawa)

Jika anda tdak gunakn barang tersebut seperti barang perhiasan, jangan beli. Perbuatan anda ini hanya akan membazir wang anda sahaja.

Tips kesepuluh: Amalkan hidup sihat.( bagi kaum Adam)

Berhenti merokok dan makan makanan yg tdak sihat. Jaga kesihatan dgn bersenam supaya anda tdak akn sakit dan wang utk kesihatan dpt di kurangkan.
p/s:  jdkn tabiat menabung/menyimpan sbgai 1 amalan harian

Monday, 20 February 2012

Hello 6th Semester


Assalamualaikum dan salam mesra. 
Semoga ceria selalu dengan senyuman. ..Hilangkan suram. Sebarkan senyuman…

Aku nak membebel ni. Kalau sudi silalah baca.
Hari ini 20/2/2012 bermula episode baru dalam hidupku…baru ke??? Akhirnya aku kembali bergelar sebagai seorang pelajar Universiti Utara Malaysia. Banyak ranjau yang perlu aku tempuhi sebelum memasuki universiti. Habis je sekolah menengah & dapat result exam ok…Alhamdulillah aku trus dpt sambung Ijazah. Barulah aku tahu sebenarnya SPM sangat penting.

Impian yang aku tanam sejak kecil akhirnya tercapai. Aku telah bergelar seorang pelajar universiti. Syukur Alhamdulillah. Aku sungguh bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengabulkan niatku untuk belajar sehingga menara gading. Walaupun lambat aku tetap bersyukur. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian.

Dah tiga hari aku kembali ke bumi Sintok. Bumi yang penuh memori, suka duka aku sepanjang hampir 3 tahun menuntut ilmu di sini. 3tahun? Wah, sungguh tak terasa akan perjalanan masa itu. Rasa bagaikan baru semalam aku yang berumur 18 tahun mendaftar sebagai pelajar Bachelor of  Muamalat Administration. Sebak….Sebak… .Kurang 2 tahun lagi aku akan tamatkan pengajian aku sebagai seorang pelajar di sini. Sedih..

Sem ni aku ambil tujuh subjek je. Biasa tak kurang daripada lapan. Memang masaklah. Oklah, selamat tinggal semua… Terima kasih kerana sudi membaca..

Thursday, 19 January 2012

Hari ni exam terakhirku di 5th Semester



Salam & selamat mlm uolss…..Semoga ceria selalu dengan senyuman. Hilangkan suram. Sebarkan senyuman  :)   ermm xde mood sebenarnye nk brcerita…tp ambik peluang sementara jasad masih brnyawa untuk menyatakn perasaan genting ku utk brperang dgn paper Financial Management II hari ni…


kira!!!jgn xkira..hehehe


Doakn aku semoga Allah mempermudahkn aku utk menjawabnye…Ammen

Tuesday, 10 January 2012

Yay!!!....Dua Ratus Ringgit


Assalamualaikum dan salam pagi uolss...
Semoga ceria selalu dengan senyuman. Hilangkan suram. Sebarkan senyuman di pagi ini :)
 
Bestnye klau dpt duit 200 iggit..kalau PM bg dlm bntuk cash ni...ntah macam mne riak wajah student...haha..korang nk buat pe dgn duit 2 kalau korang dpt??? student laki sah2 nk bli gajet baru..kalu yg pompuan lak nk novel (yg kaki nvel laa)...semua student msti fikir cam 2 kn???????(trmasuk lh dgn aku sekali) kuakua~~~

Semalam lpas exam aku trus ke office DPP TNB nk g ambik voucher rm200 yg semua student IPT dpt...msuk2...trus tgok org beratur pnjang je kt kaunter...aku pon trus blek blik..taw2 je laa klau beratur cam 2 confirm2 ambil mse lme...ngeeee~~~ 

Esoknye...pg2 lg aku trus g office..tgok2....xrmai pon yg dtg ambk voucher...diorang igt org office bg a mse 1 hari je nk agih bnde 2...ptut laaa semalam punya bapak ramai org beratur...hehe~~~ untunglh aku...hehe~~~

ni laa rupa voucher bku 1malaysia
Hureyyyyy!!!!!...dh dpt voucher bku....(senyum lebar). Next sem xpyah fkir2 lg bab bajet duit utk bli bku..dh jimat 200 iggit (bkn kdekut... tp brjimat cermat)....alhamdulillah

Terima kasih kpd PM dan semua yg trlibat mmberikn voucher bku 1malaysia.... 





p/s: jgn m'gunakn voucher 2 utk perkara yg x sepatutnya...