Friday, 24 February 2012

Bila PTPTN Dh Masoookk Akaun!!!


Assalamualaikum dan salam mesra. 
Aku nak membebel ni. Kalau sudi silalah baca….
Bagi student university bila semester baru brmulh…maka duit ptptn pon mula masukk, ati pon brsenang lenang & otak mullah fikir nk shoping laa,,,bli hndphone bru,,,nk tmbh koleksi gajet laaa(bg kaum adam) & sbgainya…Jgn lupa duit 2 sbnarnye bkn utk brsuka ria tp utk kte….uolss fkirlh sndri?????????
Sampai je tgh thun…. mulalh kte seperti kehilangan arah apabila hendak menguruskan wang yg mula menyusut dlm akaun. Akibat drpd wang banyak di laburkn utk perkara yg merugikan berbanding perkara yang perlu. Terimalah hakikat bahawa kte sebenarnya masih belajar dan tidak ada income untuk kte bersukaria, yang ada hanya wang untuk survive di dalam univerisiti itu sendiri.
Tips ini bkn utk mnjadikn anda semua kaya ttpi utk mengelakn anda & trmasuklh aku tdk mghadapi mslh kewangn…

Tips pertama : Sentiasa catat duit keluar masuk.

Catatkan aliran keluar wang anda pada setiap hari. Dengan ini, anda akan sentiasa peka dengan keadaan wang semasa anda. Lihat sama ada perbelanjaan yang anda keluarkan itu adalah perlu atau tidak. Jika tidak, anda kurangkan perbuatan terebut.

Tips kedua : Rancang belanjawan anda sendiri.

Dengan wang sedia ada, anda rancang belanjawan anda sendiri. Utamakan pembayaran yuran, akademik, makanan dan tempat tinggal. Jangan gunakan wang untuk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih.

Tips ketiga :  Simpan resit bagi setiap pembelian.

Simpan resit bagi setiap pembelian. Dengan ini, anda ada rekod bagi setiap pembelian. Setiap bulan, trace kembali di mana wang anda di gunakan.

Tips keempat : simpan wang yang tidak di gunakan.

Jika tidak ada keperluan untuk menggunakan wang, simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh dengan kejutan. Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu di bayar seperti yuran persatuan dan sebagainya. Untuk keselamatan, anda simpan sahaja wang tidak di gunakan dan hanya berbelanja apabila semester sudah tamat.

Tips kelima : Elakkan hutang

Jangan berhutang untuk apa tujuan sekalipun. Berhutang bermakna anda akan berbelanja lebih kemampuan anda. Berhutang akan jadi beban apabila pemberi utang mula menagih hutang dari anda.

Tips keenam : Beli semua keperluan akademik mendahului perkara lain.

Di sebabkan anda sedang belajar, segala urusan akademik perlu di dahulukan. Pada minggu pertama semester, anda selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit wang jika ada perbelanjaan mengejut.

Tips ketujuh : Elakkan dari mengikut kawan – kawan yang ada duit yang banyak.

Jika anda tiada duit, jangan ikut kawan anda yang banyak duit atau mereka yang boros. Takut – takut nanti anda turut terikut boros berbelanja.

Tips kelapan : Sertai aktiviti kampus.

Untuk menguruskan wang, anda perlu ada disiplin yang kuat. Untuk mengajar anda erti disiplin, anda boleh sertai aktiviti kampus dan terlibat dengan aktif dalam persatuan , kelab dan sebagainya.

Tips kesembilan : Beli barangan yang anda rasa anda akan guna sahaja?(bagi kaum Hawa)

Jika anda tdak gunakn barang tersebut seperti barang perhiasan, jangan beli. Perbuatan anda ini hanya akan membazir wang anda sahaja.

Tips kesepuluh: Amalkan hidup sihat.( bagi kaum Adam)

Berhenti merokok dan makan makanan yg tdak sihat. Jaga kesihatan dgn bersenam supaya anda tdak akn sakit dan wang utk kesihatan dpt di kurangkan.
p/s:  jdkn tabiat menabung/menyimpan sbgai 1 amalan harian

No comments:

Post a Comment