Saturday, 31 December 2011

Happy 2012!!!

Good morning 2012.... Good morning everyone.... May our dream comes true, be ourself and don't pretend.. 1st January 2012, May God bless the rest of our life.. Ameen ..:)
Alhamdulillah for 2011..may the next year be better for us than this year-in the pursuit of success in this World and the Hereafter..life is short.make the best of every minute of it! ;) Happy 2012! ;)

Monday, 26 December 2011

Luahan Rindu!!!


Assalamualaikum dan salam mesra.
Semoga ceria selalu dengan senyuman. Hilangkan suram. Sebarkan senyuman.
 
Terkenang masa dahulu
Memori silam ku
Kisah persahabatan

Dengarkanlah lagu ini

Kuciptakan untukmu
Moga dirimu terhibur

Kenangan dahulu mendewasakanku

Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita

Kenanganku..

Dengarkan luahan hatiku
Merindu keriangan dahulu

Indahnya..

Saat penuh tawa ceria
Terhapuslah segala duka

Teringat daku kembali

Saat kasih bersemi
Kita mengukir janji

Di waktu persekolahan

Yang penuh impian
Kita memburu harapan

Kenangan dahulu mendewasakanku

Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita

Kenanganku..

Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya

Segala keindahan jadi kenangan

Yang buruk jadikan sempadan
Biar diduga derita
Tabahkanlah sentiasa
Semoga mendapat rahmatNya

Kenanganku..

Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya

Sunday, 25 December 2011

Happy Christmas Day!!!

Assalamualaikum dan salam mesra...
Semoga ceria selalu dengan senyuman. Hilangkan suram. Sebarkan senyuman :)
Happy Christmas Day bg penganut yg beragama Kristian....


★ ° . .    . ☾ °☆  . * ● ¸ .   ★ ° :.  . • ○ ° ★  .  * .   ☾   .   °  . ● .    °☆  ¸. ● .  ★  ★ ° ☾ ☆ ¸. ¸  ★ ° . .     MERRY CHRISTMAS AND A HAPPY NEW YEAR ☼  . * ● ¸ .   ★ ° :.  . • ○ ° ★  .  * . ♥ to all of you ♥   °☆  ¸. ● .  ★  ★ ° ☾ ☆ ¸. ¸  ★ ° . .    . ☾ °☆  . * ● ¸ .   ★ ° :.  . • ○ ° ★  .  * .   ☾   .   °  . ● .    °☆  ¸. ● .  ★  ★ °...

Friday, 16 December 2011

Dugaan bila duk jauh dri family

Salam...

Selalu nye klau kt umah..kalu tekak rse nk mkn senang je dpt...ckp kt my mum..trus my mum msk...
tp klau duk jauh cm aqu mmng susah laa nk mkn pe yg kte mengidam ni...huhu..'(
yg xbleh tahan aqu duk cni tiap2 kali nk g lunch...punye laa susah otak aqu ni kne fkir nk mkn pe...
asyik2 aqu kne menghadap mknan yg sme je tiap2 hari...klau x ayam goreng..ikan goreng..xpun telur goreng...yg 2 je sokmo ade kt cafe aqu...punye laa susah nk wt pilihan kt cni..
nk mkn kt luar punye laa jauh...

bile duk sorang2 kt bilik ni...perut mula laa rse nk mkn mcm2...
mula lh otak aqu ni berlegar2 memikirkn mknan yg mungkin aqu xkn dapat selagi duk kt cni..hehe

lmbtnye nk blek umah...hehe

Tuesday, 13 December 2011

teringat zaman dulu2..

Salam..

dh lme xmengupdate blog..rsenye dh bersawang blog aq ni..heheehe :)
mlm ni rse rjin plak nk mengupdate blognye...mkin umo aqu brtambah... makin t'igat pulak wktu kcik2 dlu wktu(wktu skolah rendah) rse happy sgt skolah dlu...xde bnde yg perlu aq fikir..xcam skrng ni...smua kne fikir...dh2 laaa...jom kte layan  kisah silam...layan~~~


Dulu kat sekolah ada orang mai jual buku..
dia bawak lori..
kita tengok2 la buku tu..
nak buku mana?isi borang esok dia mai bawak buku
kita bagi duit ja..
tapi aku tak pernah beli pun..
tak dak duit la..


kemudian ada orang mai jual susu..
cukup best bila tau lori vitagen nak mai sekolah siap pujuk2 mak lagi..
jual vitegan..masa tu vitegan ni baru lagi..
sebotol tu dalam 6 kupang.
korang ada gitu tak??
ke sekolah aku je yang macam tu.??
hahahah




Sunday, 4 December 2011

Virus ombak rindu melanda…

Salam u all...

Skrng ni musim virus ombak rindu kt mlysia…aqu dgr rmai yg ckp cite ni best sgt2…aqu pon xtaw gak..

Aqu pon xsmpt lg nk tgok cite ni…wt cm ne aqu duk jauh dr Bandar and 1 more…skrng ni aqu tgh bz nk siapkn asgmnt yg smkin brlmbak2 ni…xtaw ble nk abis….so aqu taw laa nk cite pe tntng filem ombak rndu 2…hehe J

Bile aqu on fb je..ade org post kt fb ckp mcm2 tntang ombak rindu ni…ade yg ckp ombak rindu ni bla..bla..bla…kt bwh ni ade 1 statement dr peminat cite ombak rindu..


“Ombak rindu filem melayu terbaik !! Dri dlu follow filem melayu tp ombak rindu I will remember this filem!!great job to all the team and great,fabulous acting dri pelakon2 nye..xde filem melayu yg pnh touch my feeling before..trus hsilkan filem yg bgs seperti ini..lot of love to uoolllss!!

LIRIK OMBAK RINDU

Tuhan tolong lembutkan hati daku
Untuk tetap aku mengingatiMu
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa Mu di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatiku untuk cintakanMu

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari Tuhanku
Agar aku tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Tuhan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh dosa ku
Agar aku tahu ku terseksa
Tanpa cinta Mu di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati aku
Untuk ingatkan Mu setiap masa

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa Mu di sisi ku

Friday, 2 December 2011

Permainan yang paling best sekali masa zaman kanak-kanak

Salam....

Kalau ingat balik zaman kanak-kanak, banyak kenangan yang indah. Contohnya bab permainan atau hobi masa kecik-kecik…Korang juga pun mesti ada kan???
 

Zaman kecik-kecik dulu, permainan yang paling menyeronokkan bagi aku adalah main masak-masak, main cop tiang, ceper @ tudung botol & batu seremban….
Main masak2, dia punya syok masa tu rasa macam tengok orang main bola sekarang ni laa.

Apa pula permainan atau hobi yang korang rasa paling best sekali dalam dunia masa kecik-kecik dulu?
   

Permainan masa aku dlu ikut musim.. Kalau musim berangin sama2 main layang2, lepas tu musim budak2 main getah, cari spider dan main guli.. Seronok sungguh bila mengimbau kenangan lama.. 


heheh mcam2 lgi la zman kcik2 dulu....
lawak law kenang lek crita dlu...heheh
 

Thursday, 1 December 2011

Kehidupan di universiti.Macam mne yek???

Salam...

Best ke ha hidup kat U?

Apa pengalamannye kat dalam tuu?

Sama ke cam sekolah?

Kalau dah masuk u baru la ko taw seksa dier macam mane.. Budak2 sekolah ingat life kat u ni best, macam kat tv.. Sebenarnya langsung tak macam tu, masa tu la kita nak hidup secara berdikari. Tambah2 yang tak pernah duduk sekolah berasrama.

Aku dulu  kelas dari 8pagi-5ptg setiap hari.. Kenangan aku cuma kawan2 dan life after class.. Kalau pasal belajar, memang hectic, jadual memang pack lagi pack dari sekolah.. 

Kat u takde sape2 la nak suruh ko belajar, semuanya kena pandai2 sendiri.. Kalau enjoy je memang lingkup. Duduk u ni la ko akan rase diri tu sebagai seorang manusia.....



Rasanya mula-mula nak hidup di alam universiti ni agak rumit la.
Semua perkara nak kena buat sendiri. Jadual kelas kena susun sendiri. Buku kena beli sendiri.
Tak macam sekolah, jadual dah disediakan, senarai buku diberi.

Di universiti tak ada siapa akan ingatkan kita untuk study. Bahkan ramai yang akan buatkan kita lupa study.

Haha.... So mental dan semangat kena kental. Ingat pesan mak ayah selalu.
Walaupun satu semester (+- 4 bulan) tu belajar cuma 5 subjek (berbanding sekolah 10 subjek seminggu), tapi akan stress kaw-kaw sat, sebab ada assignment + research.
Kat sekolah dulu kira macam buat buku skrap la. Ahha....

Lastly, Mid Term Test dan Final Exam; bayangkan Mid Term Test tu sebijik macam sekolah punya Peperiksaan Akhir Tahun, manakala Final Exam adalah sebijik macam SPM.
Tapi of course soalan lagi susah....

So, kalau course duration adalah 4 tahun (+- 8 Semester), maknanya kita akan tempuh seolah-olah 8x SPM dalam masa 4 tahun



selamat menempuhi perjalanan hidup di U.. Smile

Monday, 17 October 2011

9 Siti patut dijadikan contoh

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?

Sunday, 9 October 2011

Tolong Beritahu Si Dia

  Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…
InsyaAllah...

Tuesday, 4 October 2011

CARE MUDAH UNTUK KAWIN TANPA PERLU BERKAPEL

Korang tanye:

“Habis nanti macam mana nak cari isteri?”
Aku jawab:
Apesal jauh sgt ko pikir nih? Berserah pada Allah sbb Dia Maha Mengetahui
...
Telah ditentukan di LuhMahfuz siapa jodoh kaw la!
Sampai masa sampai waktu, siapa di hatimu dia jua jodohmu (hah cun tak ayat aku)

Korang tanye:

“Bukan kita kena USAHA ke?”
Aku jawab:

memanglah kena usaha
tak akan la aku nak duduk rumah tunggu orang minang aku pulak! aku laki!
tapi COUPLE tu bkn usaha utk kawen! tu usaha utk puaskan nafsu!
baik kumpul duit, persiapkan diri dgn tanggungjawab, tuntut ilmu utk bersedia jadi AYAH
Dah cukup sume~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di hati
Korang tanye:

“Nanti kena REJECT macam mana?”
Aku jawab:
dah nak REJECT..so?
kalau ko kapel pun lepas tu pompuan tu sebenarnya tak suke ko pon..ko dpt fizikal dia jer, bkn hati dia
fikir positif lah! Allah taw apa yg terbaik utk ko..

Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الْÙ‚ِتَالُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ ÙƒُرْÙ‡ٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَعَسَÙ‰ Ø£َÙ† تَÙƒْرَÙ‡ُواْ Ø´َÙŠْئاً ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø®َÙŠْرٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَعَسَÙ‰ Ø£َÙ† تُØ­ِبُّواْ Ø´َÙŠْئاً ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø´َرٌّ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَاللّÙ‡ُ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ ÙˆَØ£َنتُÙ…ْ لاَ تَعْÙ„َÙ…ُونَ (البقرة: 216)

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA
Asal nak kapel? takut kehilangan? cit, cuak! gentleman sikit la wei

Korang tanye:

“Kalau dah berkenan di hati macam mana?”
Aku jawab:
Lagi senang kerja. Siapkan sume, da masuk u keja ada duit, ilmu penuh di dada~Masuk Minang
Lama sangat nak tunggu kerja? Kalo korang love dia betul2 berapa tahun pun no problem la wei
simpan jer dalam hati kalo korang suke kat someone..cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just ACCIDENTALLY CRUSH only~
ada byk yg lagi baik kat depan tu nanti..lol #_#

Korang tanye:
Orang lain kapel, lepas da berapa tahun kahwin..OK jer!
Aku jawab:
Sebelum tu meh sini aku nak ketok kepala ko kasi pikir sikit!
Cuba pikir, maybe diorang dapat mendirikan rumah tangga, dapat baby comey
Tapi cuba ko pikir betul2...agak2 dosa diorang sebelum diorang kahwin tu terhapus camtu je ker?
Maybe diorang da kahwin, da berjaya la kan
tapi diorang takkan dpt padamkan hakikat yg sebelum diorang kawen diorang bergelumang dgn nafsu
Antara org yg kawen tanpa kapel dgn org yg kapel pastu kawen
ko rasa yang mana lebih mulia? Lu pikir la sendirik! haha

Korang tanye:
“Eleh~ budget ko baik sangat arr? Ramai jer yang couple. Bahagia jer aku tgk.”
Aku jawab:

Habis? Ko ada masalah? Berani ker ko gado ngan aku? menarik gak!
Aku sampaikan ilmu yg org bagi kat ak..korang nak ikut ke tak korang pun yer hal!
dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (az-Zariyat: 55)

Korang tanye:
Alamak brader, kubur masing2 lain2..ko kisah apa!
Aku jawab:
Sebab kubur lain2 la aku nak selamatkan ko siap2 kat dunia ni..kat dalam kubur nanti ko jerit melalak pon aku tak boley nak tolong da..lol @_@

Korang tanye:

“Mak & ayah restu lah.”
Aku jawab:
Memanglah mak bapak ko restu, tapi ada ko pikir restu Allah?
agak2 Allah redha ker ko berhubungan sebelum ada ikatan yg sah ea? hurm

Kepada yang agak2 terasa tu..jangan marah dulu, marah tu dtg dari ego, ego tu sebahagian dari nafsu
Ego selalu buat manusia nampak dia sorang jer yang betul, walaupun dia sendiri taw dia salah
Maybe ada yg rasa "impossible aku nak berubah" xpe, xsalah takut dgn diri sendiri, perlahan2..yang penting dapat berubah..biar lambat asal selamat!

Monday, 26 September 2011

Cantik bukanlah satu ukuran…

Dengan memakai tudung labuh menutup kepala
Kawan-kawan berkata aku ustazah
Dengan memakai pakaian yang kemas bertutup rapi di tubuhku
Kawan-kawan berkata aku tidak trendy
Dengan bicara yang sopan meniti di bibir
Kawan-kawan berkata aku cuma berlakon
Dengan akhlak yang terpelihara
Kawan-kawan berkata aku cuma ingin menarik perhatian..

Wahai kawan yang berharapkan sanjungan & pujian
Cantik bukan bererti mempamerkan aurat
Cantik bukan bereti selalu berdandan
Cantik juga bukan bererti menarik perhatian
Dan cantik bukan bereti kita dijadikan bahan tontonan umum

Ku sarungkan jilbab di kepala terasa damai dihati
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
Ku lakukan semuanya itu hanya kerana cintaku pada Rabb-ku
Lantas aku berbisik dalam hatiku
Semoga Rabb-ku bahagia melihat hamba-Nya ini
Patuh & taat melaksanakan perintah-Nya
Dan menjauhi larangan-Nya…

Andai sahabatku memahami
Cantik bukanlah satu ukuran…………

Saturday, 24 September 2011

Kite message

Apa tu???xtaw laa benda apa tu…nak taw x???bace laa entry aku ni….ngeee~~~

Sebenarnya ada byk cara yg boleh kita gunakan untuk bg tahu pada dunia apa yg tersirat dlm hati kita ni. Salah satunye adalah dengan cara kite message. Adakah anda semua pernah ambik tahu atau dengar tentang kite message??? Aku pun first time terbace benda ni dengan istilah omputihnye KITE MESSAGE…
Kite message cam nie, jika kita rindukn seseorang atau nk luahkan perasaan tak puas hati kita atau nk lepaskn tension, caranya dengan jeng33…

Anda perlu sediakan bahan2nya seperti: layang2 dan marker pen…simple je bhn2nye…J
Cara membuatnye:
Ambik kite, lepas tu pegang marker pen .Just tulis apa yang ada dalam hati kita kat atas layang2.kat kite anda boleh tulis apa saja yg kamu mahu… Lepas tu, kita terbangkanlah layang2 yg sudah siap ditulis kt awan…biar angin yang terbangkn layang2 tu..nanti bila layang2 tu dah naik tinggi, kita putuskanlh talinya…mana tahu angin akan bwk  kite message kita td pada orang yg kita cari.
marker pen..bg sesiapa yg xknl

Walaupun, layang2 tu tak sampai pada orang yang dimaksudkn, setidak-tidaknya hati kita akn merasa lega sebab dah Berjaya luahkan apa yang terbuku kt dalam hati selama ni…

lyang2 yg diterbangkn...hehe

Tapi kalau anda tak yakin, tak mengapa…
I just nak share apa yang I tahu je…ngeee~~~

Thursday, 22 September 2011

Rindu Seorang Anak

Bunda…
kau bagai lentera yg mampu terangi dan hangatkan jiwaku
disaat hatiku gundah dan takut seperti ini biasanya kau peluk aku dan kau belai rambutku selari mengucapkan “jangan takut ibu disini anak ku”
Tak terhitung berapa banyak cinta yg kau berikan untukku,
tak terhitung berapa banyak nyanyian yg kau nyanyikan di
kala aku akan terlelap…
sungguh kasihmu telah membuaiku…
Dan saat itu tiba…saat dimana kau pejamkan mata mu untuk selamanya…aku hanya bisa terdiam…tak sepatah kata mampu terucap dikala dihadapanku tubuhmu terbujur kaku…
kau hanya diam dikala air mataku menitis…yg biasanya kau usap dengan tangan lembutmu…
Kini hanya lembaran cerita indah yg kubawa…
jauh sudah kuberjalan tanpa dirimu lg,..
tak tau kemana arah aku terus berjalan membawa cintamu…
berharap temukan tempat ku bersandar lg…
aku mencintaimu Bu, aku merindukanmu…

NILAI SEBUAH PERJALANAN DAN KENANGAN

Perjalanan di dalam kehidupan ini merupakan satu perjalanan yang memerlukan seseorang manusia itu sentiasa berjalan. Dan di dalam perjalanan itu terdapat berbagai ujian yang pasti mendatang. Destinasi yang dituju pasti sampai. Tetapi, cara perjalanan yang akan mempengaruhi tika sampainya ke destinasi yang dijanjikan. Sama ada sampai dengan tenang, mahupun dengan resah gelisah. Harus kita ingat semuanya telah ditentukan oleh S.W.T. Manusia perlu merancang, berusaha, berdoa, dan bertawakal.

brmulalh satu prjalanan....

hidup ini cm jln...kdg2....


Kenangan mengusik jiwa

Di dalam perjalanan, pasti berbagai kenangan tercuit di hati serta akan disimpan buat tatapan jiwa tika berkelana. Manis mahupun pahit ia tetap merupakan kenangan yang mampu menyegarkan ingatan. Mungkin di satu hari nanti bila diingati kembali, terasa rindu akan masa yang lalu.. Itulah nilai kehidupan, masa yang lalu akan menjadi kenangan. Sedih dan tawa merupakan asam garam yang menjadikan perjalanan ini lebih menyedapkan. Walau kadangkala, sentiasa merindui kenangan yang lalu. Dan kadangkala ingin melupai tanpa mengingati. Ada yang datang dan ada yang pergi. Bagai satu kesan yang menjadi rindu di hati. Kerinduan akan sentiasa diubati. Putaran ingatan yang mampu memberi sedikit hilang rasa kerinduan.
Suasana sentiasa berubah. Diimbas kenangan dulu, suasana sentiasa dirasai damai, rasa berputiknya kecintaan. Bila masa menginjak usia, makin rasa rindu. Satu persatu peristiwa menjadi lipatan kenangan sejarah. Seperti mengalirnya air sungai yang jernih dan tenang.





suatu prjalanan yg pasti....






Nilai Sebuah Perjalanan
Segala yang berlaku di dalam perjalanan itulah rahmat dan nikmat, bukan semua insan yang mampu merasai nikmat perjalanan seperti ini. Rahmat dan nikmat di dalam perjalanan mampu mengajar manusia erti kehidupan. Nikmat ini perlu diperlihara moga sentiasa mengalir di dalam jiwa. Seperti mengalirnya air yang mengalir deras laju. Jangan alpa dan leka di atas nikmat yang diberikan. Perjalanan dan kenangan merupakan satu nikmat yang telah Allah S.W.T. berikan. Nilainya Allah S.W.T. yang akan tentukan. Oleh itu, nikmat dan rahmat yang diberikan perlu digunakan sebagai pelengkap perjalanan di dalam kehidupan. Moga-moga kehidupan ini menjadi medan amal yang menjana rahmat apabila bertemu
dengan Allah S.W.T. Insya'Allah.

Sunday, 4 September 2011

Tips mengurangkan jerawat

Keyakinan diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau berkomunikasi.

Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang.
Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :
1. Ambil wudu' sebelum tidur.
2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.
3. Elakkan diri daripada tekanan.
4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.

Cara teguran yang berhemah


Sedikit perkongsian berdasarkan program Bersama Dr.Fadzilah Kamsah @astro Oasis.

Saya pasti, kita semua tak terlepas daripada berfikir tentang cara terbaik untuk menegur. Atau mungkin pengalaman menegur orang sebelum ni yang agak mengecewakan membuatkan kita memberhentikan niat murni untuk mengembalikan rakan-rakan ke landasan benar yang diredhai Allah SWT.

“taknak la tegur, nanti buat orang sakit hati”

“aku memang tak pandai menegur”

“aku bukan ustaz, biar ustazlah yang tegur”

“ala…kawan2 die kan ade, family die ade, xyah la kite nak tegur”

“ala…kalau kite tegur pun, die bukan nak dgr”

“kubur kita kan lain2, xyah la nak sebok hal orang lain”

Sesungguhnya apa yang kita buat dan orang sekeliling kita buat pasti ada kaitannya dengan kita. Kalau tak, pasti tsunami di Acheh hanya mengorbankan mereka yang berdosa, tidak para alim ulama’.

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, ‘Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?’ Mereka menjawab ‘Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa.” (Al-A’raf:164)

Tapi harus diingat, teguran haruslah disampaikan dengan cara yang baik dan berhikmah. Supaya mudah diterima dan juga tidak membawa fitnah kepada agama. Semoga Allah menyelamatkan saya dan rakan-rakan daripada menjadi fitnah kepada Islam.

Ok, berikut merupakan panduan yang diberikan melalui Dr. Fadzilah Kamsah dalam memberi teguran.

1. Niat kena betul

Muhasabah balik, kenapa kita nak menegur? Nak tegakkan syariat? Menyelamatkan sahabat daripada azab Allah? Atau nak mengaibkan or lain2.

2. Baca doa

a. Doa Nabi Musa

“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku” (surah Taha:25-28)

b. Sebut Ya Aziz (Maha Mulia/Perkasa) Al-Jabbar(Maha Pemaksa) Al-Mutakabbir(Maha Besar) dan hembuskan pada sahabat

Tapi janganlah sampai dia perasan yang kita nak jampi dia. Cuma niatkan dengan kuasa Allah, dia dilembutkan hati untuk menerima teguran kita.

c. Surah Taha (1-5)

Tapi harus diingat, bukanlah doa-doa ini yang melembutkan hati, cuma dibacakan untuk menjadi asbab dilembutkan hati orang yang ingin ditegur.

3. Belai dengan puji-pujian

Manusia memang sifatnya senang apabila dipuji. Nurse pun sebelum suntik kita, akan usap-usap dulu tangan kitakan. Jadi, sebelum tegur orang, sebaiknya kita bercakap tentang perkara-perkara yang baik tentang dirinya. Puji pula haruslah ikhlas, bukan hendak membuat dia terangkat ke apa ke, barulah dimudahkan oleh Allah.

Bagi saya, saya suka cara En. Razak (cikgu gamelan) apabila menegur. Apabila kitorang main dengan tak berapa baik, cikgu akan cakap,

“Bagus awak main. Saya x pernah ajar lagikan lagu ni? Maknanya awak dah boleh main, dah boleh baca note sendiri. Kalau student UiTM, belajar satu sem dapat 10 lagu je. Awak baru berapa jam dah dekat 20 lagu kan. Bagus awak semua ni. Cuma, tempo tu lari sikit kan. Xpe la, kita practice lagi ek.”

Lepas rasa cuak sebab main salah, kita ditenangkan dengan puji-pujian cikgu. Kemudian baru diselitkan dengan teguran. Lebih mudah diterima kan?

4. Fokus kepada perkara yang nak ditegur (jangan mengungkit)

Kalau yang sahabat kita salah tu hari ni, tak perlulah kita mengungkit kesalahan-kesalahannya yang lalu. Seperti contoh yang diberikan oleh dr. Fadzilah, kalau hari ni isteri kita buat air xsedap, kurang gula, tak perlulah tegur dengan berkata, “Sejak kita kahwin, awak tak pernah buat air sedap.” Waa…dah 30 tahun kahwin, baru hari ni cakap selama ni tak sedap. Dah berliter-liter air yang diminum, baru nak ungkit tak sedap. Kecil hati yang mendengar. Marah sekalipun, nak tegur sekali pun, tak perlulah mengungkit. Fokus kepada perkara yang hendak ditegur sahajalah. Tak perlulah masukkan perkataan seperti selama ni, sejak dan lain-lain yang boleh mengecilkan hati penerima teguran.

5. Jangan tinggikan suara

Sesiapa pun, terutamanya wanita, pasti tak suka apabila ditegur dengan nada yang tinggi. Pasti akan timbul rejection dalam hati apabila ditegur dalam nada yang tinggi, kecuali bagi mereka yang benar-benar sabar. Dan jangan menjadikan diri sendiri sebagai indicator untuk orang lain terima teguran kita. Contoh macam, aku tak kesah pun kalau ditegur dengan nada tinggi. Takkan tak boleh tegur dengan nada tinggi kot? Sedangkan rambut kita pun warna lain-lain, inikan pula hati. Mungkin yang boleh terima tu hanya kita, penerimaan orang lain belum tentu sama dengan kita. Jadi, haruslah gunakan pendekatan yang terbaik dan berlemah lembut.

6. Doa supaya dia berubah

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda,

“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)
Berdoalah untuk kebaikan sahabat kita tanpa pengetahuannya. Kalau kita ikhlas untuk mendapatkan yang terbaik untuknya, pasti dikabulkan Allah SWT.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Dan dalam kita berusaha menjadi penegur yang baik, kita juga haruslah berusaha untuk menjadi penerima teguran yang baik. Tak kisahlah bagaimana kita ditegur, bersangka baiklah pada yang menegur dan terimalah dengan hati yang terbuka. Bila ada yang menegur, maknanya ada ruang untuk kita perbaiki diri. Hargailah ia. Sesungguhnya peringatan ini adalah buat diri saya sendiri. Semoga dapat menjadi orang yang sabar dan tidak menjadi fitnah kepada Islam.