Bismillah...
Musim midterm exam muncul kembali di IPTA...Walaupun tdk sama...tp musimnya sudah tiba..
Time sprti ini sangat memerlukan kata semangat & motovasi yg cukup...
W/bagaimanapun, percayalah pd diri sendiri..Berjuang utk midterm exam bkn mudah, ia perlukn pengorbanan yg amat tinggi jika mahu m'dptkn result yg cemerlang...Belajr ikt cara trsendiri..Semoga dpt apa yg diiginkan...Yakin Boleh!!!
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahn
Kau hampiri kegagalan.
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Thursday, 22 March 2012
Monday, 12 March 2012
Sakit Itu Tanda Kasih Sayang Allah kepada Hambanya
Assalamualaikun
dan selamat malam semua…Selain dari ujian dari Allah yang menggugurkan
dosa-dosa, meningkatkan darjat di sisi Allah, sakit itu adalah manifestasi
kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hambanya.
Namun, tidak
ramai yang berfikiran sebegini. Sakit dianggap satu malapetaka. Sakit dianggap
sebagai penghalang untuk melakukan pekerjaan. Sakit sebagai sesuatu yang perlu
dielakkan. Tidak hairanlah jika ramai yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan
yang tinggi setiap bulan untuk keperluan vitamin dan makanan tambahan. Walaupun
kita dituntut untuk menjaga tubuh badan yang diamanahkan oleh Allah, namun
perlu diingat bahawa penyakit boleh datang dan pergi dengan izin Allah. Sakit
itu tanda bahawa Allah mengingati kita dan ingin memberi peringatan kerana
mungkin ada perkara-perkara maksiat yang kita lakukan tanpa kita sedari.
Justeru penyakit datang lalu menggugurkan dosa-dosa mereka yang sabar
menghadapinya.
Ketika sihat, kita seolah-olah tidak
beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, kita seolah-olah lupa pada yang kurang
upaya. Ketika terlalu seronok, kita tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika
berkuasa, seolah-olah kitalah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!!!
Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara: masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati.
Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan.
Sakit memberikan kesempatan untuk
bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir
kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita
dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.
Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.
Dalam hadis ada diterangkan,
“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya.
(HR. Muttafaq Alaih).
Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti ada
hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah
s.w.t kepada hamba-hambanya. Tidak kira
samada kita kaya atau miskin, sihat atau sakit, kuat atau lemah...kita tetap
akan diuji Allah dengan pelbagai dugaan hidup untuk menguji tahap keimanan
kita...
Wednesday, 7 March 2012
Pasti Akan Tiba...
Hari ini...sy menerima berita kematian orang lain
Lain hari, org lain pula akan menerima berita kematian sy
Hari ini, sy menerima berita kematian ibu ayah org lain
Tapi di lain hari, mungkin sy juga menerimanya
Hari ini, ibu ayah menerima berita kematian anak mereka
Mungkin di lain hari, ibu dan ayah sy pula yg menerima berita kematian sy...
Ada sahabat yg kata sy fikir yg bukan-bukan...yg pelik pelik...oh
tidak, ini kenyataan...ini realiti...realiti yg misteri...usah terlalu
selesa dgn hari ini...
p/s:(firkir2kan dan selamat beramal)..^^..
Friday, 2 March 2012
Tips beli belah secara online
Asslamualaikum…hari
ni Cik Ungu nk bagi tips dekat korang
pasal beli barang ni..bukan apa, sebab ramai sgt dh kena tipu dlm
hal-hal pembelian dr business online ni…
Biasalh kita orang pompuan ni kdg2 mata
selalu tergoda utk beli, beli dan beli…
Beberapa
tips membeli secara online supaya tidak ditipu:
1.
Berhubung melalui SMS, ini kerana khidmat telepon bimbit kini memerlukan
pendaftaran alamat . oleh itu jika berlaku sesuatu pihak kerajaan mudah
mengesan penjual tersebut.
2.
Buat survey harga market di internet bagi bandingan harga.
3.
Berhubung dengan penjual dari masa kesemasa hingga produk yang dibeli sampai.
4.
Pilih peniaga yang mendapat komen yang baik (reputasi) dari pembeli lain.
5.
Jangan terpedaya dengan testimoni selidik mungkin itu komen rakan-rakan
penjual. Testimoni biarlah dari pembeli sendiri…
Thursday, 1 March 2012
Cinta Agung
Assalamualaikum...Apa khabar hari anda?Apa cerita hari jumaat anda?
Ya, hari ini hari jumaat. Hari untuk kita mendptkn lbih success dan semoga jumaat ini menjadikn kita seorang hamba ALLAH yg lbih brtaqwa, lbih menyantuni, lbih berjaya dan lbih cemerlang...
Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu
Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya
Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas
Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku
Ya, hari ini hari jumaat. Hari untuk kita mendptkn lbih success dan semoga jumaat ini menjadikn kita seorang hamba ALLAH yg lbih brtaqwa, lbih menyantuni, lbih berjaya dan lbih cemerlang...
Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu
Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya
Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas
Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku
Subscribe to:
Posts (Atom)