Monday, 26 September 2011

Cantik bukanlah satu ukuran…

Dengan memakai tudung labuh menutup kepala
Kawan-kawan berkata aku ustazah
Dengan memakai pakaian yang kemas bertutup rapi di tubuhku
Kawan-kawan berkata aku tidak trendy
Dengan bicara yang sopan meniti di bibir
Kawan-kawan berkata aku cuma berlakon
Dengan akhlak yang terpelihara
Kawan-kawan berkata aku cuma ingin menarik perhatian..

Wahai kawan yang berharapkan sanjungan & pujian
Cantik bukan bererti mempamerkan aurat
Cantik bukan bereti selalu berdandan
Cantik juga bukan bererti menarik perhatian
Dan cantik bukan bereti kita dijadikan bahan tontonan umum

Ku sarungkan jilbab di kepala terasa damai dihati
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
Ku lakukan semuanya itu hanya kerana cintaku pada Rabb-ku
Lantas aku berbisik dalam hatiku
Semoga Rabb-ku bahagia melihat hamba-Nya ini
Patuh & taat melaksanakan perintah-Nya
Dan menjauhi larangan-Nya…

Andai sahabatku memahami
Cantik bukanlah satu ukuran…………

Saturday, 24 September 2011

Kite message

Apa tu???xtaw laa benda apa tu…nak taw x???bace laa entry aku ni….ngeee~~~

Sebenarnya ada byk cara yg boleh kita gunakan untuk bg tahu pada dunia apa yg tersirat dlm hati kita ni. Salah satunye adalah dengan cara kite message. Adakah anda semua pernah ambik tahu atau dengar tentang kite message??? Aku pun first time terbace benda ni dengan istilah omputihnye KITE MESSAGE…
Kite message cam nie, jika kita rindukn seseorang atau nk luahkan perasaan tak puas hati kita atau nk lepaskn tension, caranya dengan jeng33…

Anda perlu sediakan bahan2nya seperti: layang2 dan marker pen…simple je bhn2nye…J
Cara membuatnye:
Ambik kite, lepas tu pegang marker pen .Just tulis apa yang ada dalam hati kita kat atas layang2.kat kite anda boleh tulis apa saja yg kamu mahu… Lepas tu, kita terbangkanlah layang2 yg sudah siap ditulis kt awan…biar angin yang terbangkn layang2 tu..nanti bila layang2 tu dah naik tinggi, kita putuskanlh talinya…mana tahu angin akan bwk  kite message kita td pada orang yg kita cari.
marker pen..bg sesiapa yg xknl

Walaupun, layang2 tu tak sampai pada orang yang dimaksudkn, setidak-tidaknya hati kita akn merasa lega sebab dah Berjaya luahkan apa yang terbuku kt dalam hati selama ni…

lyang2 yg diterbangkn...hehe

Tapi kalau anda tak yakin, tak mengapa…
I just nak share apa yang I tahu je…ngeee~~~

Thursday, 22 September 2011

Rindu Seorang Anak

Bunda…
kau bagai lentera yg mampu terangi dan hangatkan jiwaku
disaat hatiku gundah dan takut seperti ini biasanya kau peluk aku dan kau belai rambutku selari mengucapkan “jangan takut ibu disini anak ku”
Tak terhitung berapa banyak cinta yg kau berikan untukku,
tak terhitung berapa banyak nyanyian yg kau nyanyikan di
kala aku akan terlelap…
sungguh kasihmu telah membuaiku…
Dan saat itu tiba…saat dimana kau pejamkan mata mu untuk selamanya…aku hanya bisa terdiam…tak sepatah kata mampu terucap dikala dihadapanku tubuhmu terbujur kaku…
kau hanya diam dikala air mataku menitis…yg biasanya kau usap dengan tangan lembutmu…
Kini hanya lembaran cerita indah yg kubawa…
jauh sudah kuberjalan tanpa dirimu lg,..
tak tau kemana arah aku terus berjalan membawa cintamu…
berharap temukan tempat ku bersandar lg…
aku mencintaimu Bu, aku merindukanmu…

NILAI SEBUAH PERJALANAN DAN KENANGAN

Perjalanan di dalam kehidupan ini merupakan satu perjalanan yang memerlukan seseorang manusia itu sentiasa berjalan. Dan di dalam perjalanan itu terdapat berbagai ujian yang pasti mendatang. Destinasi yang dituju pasti sampai. Tetapi, cara perjalanan yang akan mempengaruhi tika sampainya ke destinasi yang dijanjikan. Sama ada sampai dengan tenang, mahupun dengan resah gelisah. Harus kita ingat semuanya telah ditentukan oleh S.W.T. Manusia perlu merancang, berusaha, berdoa, dan bertawakal.

brmulalh satu prjalanan....

hidup ini cm jln...kdg2....


Kenangan mengusik jiwa

Di dalam perjalanan, pasti berbagai kenangan tercuit di hati serta akan disimpan buat tatapan jiwa tika berkelana. Manis mahupun pahit ia tetap merupakan kenangan yang mampu menyegarkan ingatan. Mungkin di satu hari nanti bila diingati kembali, terasa rindu akan masa yang lalu.. Itulah nilai kehidupan, masa yang lalu akan menjadi kenangan. Sedih dan tawa merupakan asam garam yang menjadikan perjalanan ini lebih menyedapkan. Walau kadangkala, sentiasa merindui kenangan yang lalu. Dan kadangkala ingin melupai tanpa mengingati. Ada yang datang dan ada yang pergi. Bagai satu kesan yang menjadi rindu di hati. Kerinduan akan sentiasa diubati. Putaran ingatan yang mampu memberi sedikit hilang rasa kerinduan.
Suasana sentiasa berubah. Diimbas kenangan dulu, suasana sentiasa dirasai damai, rasa berputiknya kecintaan. Bila masa menginjak usia, makin rasa rindu. Satu persatu peristiwa menjadi lipatan kenangan sejarah. Seperti mengalirnya air sungai yang jernih dan tenang.





suatu prjalanan yg pasti....






Nilai Sebuah Perjalanan
Segala yang berlaku di dalam perjalanan itulah rahmat dan nikmat, bukan semua insan yang mampu merasai nikmat perjalanan seperti ini. Rahmat dan nikmat di dalam perjalanan mampu mengajar manusia erti kehidupan. Nikmat ini perlu diperlihara moga sentiasa mengalir di dalam jiwa. Seperti mengalirnya air yang mengalir deras laju. Jangan alpa dan leka di atas nikmat yang diberikan. Perjalanan dan kenangan merupakan satu nikmat yang telah Allah S.W.T. berikan. Nilainya Allah S.W.T. yang akan tentukan. Oleh itu, nikmat dan rahmat yang diberikan perlu digunakan sebagai pelengkap perjalanan di dalam kehidupan. Moga-moga kehidupan ini menjadi medan amal yang menjana rahmat apabila bertemu
dengan Allah S.W.T. Insya'Allah.

Sunday, 4 September 2011

Tips mengurangkan jerawat

Keyakinan diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau berkomunikasi.

Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang.
Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :
1. Ambil wudu' sebelum tidur.
2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.
3. Elakkan diri daripada tekanan.
4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.

Cara teguran yang berhemah


Sedikit perkongsian berdasarkan program Bersama Dr.Fadzilah Kamsah @astro Oasis.

Saya pasti, kita semua tak terlepas daripada berfikir tentang cara terbaik untuk menegur. Atau mungkin pengalaman menegur orang sebelum ni yang agak mengecewakan membuatkan kita memberhentikan niat murni untuk mengembalikan rakan-rakan ke landasan benar yang diredhai Allah SWT.

“taknak la tegur, nanti buat orang sakit hati”

“aku memang tak pandai menegur”

“aku bukan ustaz, biar ustazlah yang tegur”

“ala…kawan2 die kan ade, family die ade, xyah la kite nak tegur”

“ala…kalau kite tegur pun, die bukan nak dgr”

“kubur kita kan lain2, xyah la nak sebok hal orang lain”

Sesungguhnya apa yang kita buat dan orang sekeliling kita buat pasti ada kaitannya dengan kita. Kalau tak, pasti tsunami di Acheh hanya mengorbankan mereka yang berdosa, tidak para alim ulama’.

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, ‘Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?’ Mereka menjawab ‘Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa.” (Al-A’raf:164)

Tapi harus diingat, teguran haruslah disampaikan dengan cara yang baik dan berhikmah. Supaya mudah diterima dan juga tidak membawa fitnah kepada agama. Semoga Allah menyelamatkan saya dan rakan-rakan daripada menjadi fitnah kepada Islam.

Ok, berikut merupakan panduan yang diberikan melalui Dr. Fadzilah Kamsah dalam memberi teguran.

1. Niat kena betul

Muhasabah balik, kenapa kita nak menegur? Nak tegakkan syariat? Menyelamatkan sahabat daripada azab Allah? Atau nak mengaibkan or lain2.

2. Baca doa

a. Doa Nabi Musa

“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku” (surah Taha:25-28)

b. Sebut Ya Aziz (Maha Mulia/Perkasa) Al-Jabbar(Maha Pemaksa) Al-Mutakabbir(Maha Besar) dan hembuskan pada sahabat

Tapi janganlah sampai dia perasan yang kita nak jampi dia. Cuma niatkan dengan kuasa Allah, dia dilembutkan hati untuk menerima teguran kita.

c. Surah Taha (1-5)

Tapi harus diingat, bukanlah doa-doa ini yang melembutkan hati, cuma dibacakan untuk menjadi asbab dilembutkan hati orang yang ingin ditegur.

3. Belai dengan puji-pujian

Manusia memang sifatnya senang apabila dipuji. Nurse pun sebelum suntik kita, akan usap-usap dulu tangan kitakan. Jadi, sebelum tegur orang, sebaiknya kita bercakap tentang perkara-perkara yang baik tentang dirinya. Puji pula haruslah ikhlas, bukan hendak membuat dia terangkat ke apa ke, barulah dimudahkan oleh Allah.

Bagi saya, saya suka cara En. Razak (cikgu gamelan) apabila menegur. Apabila kitorang main dengan tak berapa baik, cikgu akan cakap,

“Bagus awak main. Saya x pernah ajar lagikan lagu ni? Maknanya awak dah boleh main, dah boleh baca note sendiri. Kalau student UiTM, belajar satu sem dapat 10 lagu je. Awak baru berapa jam dah dekat 20 lagu kan. Bagus awak semua ni. Cuma, tempo tu lari sikit kan. Xpe la, kita practice lagi ek.”

Lepas rasa cuak sebab main salah, kita ditenangkan dengan puji-pujian cikgu. Kemudian baru diselitkan dengan teguran. Lebih mudah diterima kan?

4. Fokus kepada perkara yang nak ditegur (jangan mengungkit)

Kalau yang sahabat kita salah tu hari ni, tak perlulah kita mengungkit kesalahan-kesalahannya yang lalu. Seperti contoh yang diberikan oleh dr. Fadzilah, kalau hari ni isteri kita buat air xsedap, kurang gula, tak perlulah tegur dengan berkata, “Sejak kita kahwin, awak tak pernah buat air sedap.” Waa…dah 30 tahun kahwin, baru hari ni cakap selama ni tak sedap. Dah berliter-liter air yang diminum, baru nak ungkit tak sedap. Kecil hati yang mendengar. Marah sekalipun, nak tegur sekali pun, tak perlulah mengungkit. Fokus kepada perkara yang hendak ditegur sahajalah. Tak perlulah masukkan perkataan seperti selama ni, sejak dan lain-lain yang boleh mengecilkan hati penerima teguran.

5. Jangan tinggikan suara

Sesiapa pun, terutamanya wanita, pasti tak suka apabila ditegur dengan nada yang tinggi. Pasti akan timbul rejection dalam hati apabila ditegur dalam nada yang tinggi, kecuali bagi mereka yang benar-benar sabar. Dan jangan menjadikan diri sendiri sebagai indicator untuk orang lain terima teguran kita. Contoh macam, aku tak kesah pun kalau ditegur dengan nada tinggi. Takkan tak boleh tegur dengan nada tinggi kot? Sedangkan rambut kita pun warna lain-lain, inikan pula hati. Mungkin yang boleh terima tu hanya kita, penerimaan orang lain belum tentu sama dengan kita. Jadi, haruslah gunakan pendekatan yang terbaik dan berlemah lembut.

6. Doa supaya dia berubah

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda,

“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)
Berdoalah untuk kebaikan sahabat kita tanpa pengetahuannya. Kalau kita ikhlas untuk mendapatkan yang terbaik untuknya, pasti dikabulkan Allah SWT.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Dan dalam kita berusaha menjadi penegur yang baik, kita juga haruslah berusaha untuk menjadi penerima teguran yang baik. Tak kisahlah bagaimana kita ditegur, bersangka baiklah pada yang menegur dan terimalah dengan hati yang terbuka. Bila ada yang menegur, maknanya ada ruang untuk kita perbaiki diri. Hargailah ia. Sesungguhnya peringatan ini adalah buat diri saya sendiri. Semoga dapat menjadi orang yang sabar dan tidak menjadi fitnah kepada Islam.

Friday, 2 September 2011

antara ciri lelaki bugdet malaya

talk on ciri2 hero malay gitu....tweet

  • Kau yang cakap dirty dengan kawan-kawan & kuat-kuat konon nampak kool & sempoi padahal kau nampak bodoh

  • Kalau text ngan laki, bahasa rilex & ok..tapi bile text ngan gadis, "macam manew niew..i segan lew nark kuar ngan u..hukhuk..^__^" macam shit doh konon menepati citerase gadis itu

  • Rambut kau menjadi masalah disamping keutamaan..payah lah kalau berangin sikit kau pegi sliding door or cermin kereta cepat-cepat semata-mata nak repair rambut kau..kalau jalan tepi bende bercermin pun nak jeling tengok rambut..ape doh

  • Kau dah famous ngan sikap sempoi..tapi kau agak-agak lah kalau nak kuar g tengok wayang pun pakai short..kemas sikit pakai jeans pun ok lah..asal? bulu kaki kau rebonding eh? aq tengok sendiri pun jijik

  • Tak payah budget nak sempoi & kool sangat lah bile kau pakai beg,accessories pink konon kau ni jambu & metroseksual tapi kulit hitam berminyak..wekks

  • Kau kutuk kawan lelaki sendiri yang muka berjerawat konon kulit kau bersih pakai Fair&Lovely..lelaki lagi awesome bile ada jerawat

  • Bila kau lepak ngan gadis, kau steady..tapi bila member lalu depan selamba "i tak kenal dia"..kalau angkat pun muka macam nak tak nak je

  • Sopan ngan girls hot..tapi kurang ajar ngan yang lain..tak kira lah lelaki sendiri or gadis yang gemok & tak cun..cam aram

  • Menggelabah nak belanja gadis gebu kat fastfood..bila kawan sendiri mintak belanja Coke alasan kau macam shit

  • Pakai barang branded..Adidas, COnverse, Top Man, Levis, Casio, Okley..lepastu kau nak gampang-gampang ngan member kau yang pakai sliper Sufian ngn baju pagoda

  • Tak pun kau cerita banyak duit & barang berjenama dekat gadis gebu kasi gadis gebu tertarik ngan sifat metroseksual & up-to-date kau

  • Kau pakai DSLR pakai duit ptptn tak pun duit mak abah tapi duit makan sesak sampai pinjam member..tapi bile member nak pinjam DSLR kau kedekut macam sial

  • Usung DSLR kau kehulu kehilir konon kau ni foto-tangkap..bila tengok cara amik gamba pun cam suck..pegang DSLR pun tak style

  • Panas terik, berpeluh kat tengah kotaraya ni, boleh pulak kau pakai sweater tebal,Okley, topi Monster, short pants & kasut Vans yang besar sampai orang tengok pun lemas

  • Taip macam-macam kat facebook siap fuck suck sume keluar..tapi realiti lepak jugak ngan budak layan anime & tonton Fairy Tale, Naruto dekat lapy

  • Nak lepak ngan gadis tapi barang dressup sume kau pinjam..daripada topi Monster, Okley, baju, kemeja, jeans & kasut sampai duit pun pinjam..alasan nye barang sendiri tak hensem ngn kau..buat apa kau beli dulu bodoh

  • Kau cakap "bro..nak g mana bro? lepak lah kejap bro.." kuat-kuat padalah bila dalam rumah, kolej tak pernah pulak cakap macam tu

  • Duit ptptn habis sebab belanja awek..tapi bila awek tanya kenapa duit habis, cakap member selalu pinjam..nak kasi diri tu nampak mulia di mata gadis

  • Kau kerek ngan abang kerja kat Petronas or Caltex masa nak isi minyak bila dalam kereta kau ada gadis gebu tak pakai tudung konon kau hensem sampai abang tu respect kat kau

  • Main blog, Facebook & Twitter bagai..tapi semua yang dalam blog & lain-lain gampang je lebih..kasi orang nampak kau awesome di alam maya..realiti, menangis bila gaduh ngan gadis