Assalamualaikum dan salam mesra.
Semoga ceria selalu dengan senyuman. ..Hilangkan
suram. Sebarkan senyuman…
Aku nak membebel ni. Kalau sudi silalah baca.
Hari ini 20/2/2012
bermula episode baru dalam hidupku…baru ke??? Akhirnya aku kembali bergelar
sebagai seorang pelajar Universiti Utara Malaysia. Banyak ranjau yang perlu aku
tempuhi sebelum memasuki universiti. Habis je sekolah menengah & dapat
result exam ok…Alhamdulillah aku trus dpt sambung Ijazah. Barulah aku tahu
sebenarnya SPM sangat penting.
Impian yang aku
tanam sejak kecil akhirnya tercapai. Aku telah bergelar seorang pelajar
universiti. Syukur Alhamdulillah. Aku sungguh bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
telah mengabulkan niatku untuk belajar sehingga menara gading. Walaupun lambat
aku tetap bersyukur. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian.
Dah tiga hari aku kembali ke bumi Sintok. Bumi yang penuh memori, suka duka aku sepanjang hampir 3 tahun menuntut ilmu di sini. 3tahun? Wah, sungguh tak terasa akan perjalanan masa itu. Rasa bagaikan baru semalam aku yang berumur 18 tahun mendaftar sebagai pelajar Bachelor of Muamalat Administration. Sebak….Sebak… .Kurang 2 tahun lagi aku akan tamatkan pengajian aku sebagai seorang pelajar di sini. Sedih..
Sem ni aku ambil
tujuh subjek je. Biasa tak kurang daripada lapan. Memang masaklah. Oklah,
selamat tinggal semua… Terima kasih kerana sudi membaca..
No comments:
Post a Comment